Strict Standards: Declaration of JCacheControllerPage::store() should be compatible with JCacheController::store($data, $id, $group = NULL) in /home/mpkkorg/public_html/libraries/joomla/cache/controller/page.php on line 200

Strict Standards: Only variables should be assigned by reference in /home/mpkkorg/public_html/plugins/system/jdownloads/jdownloads.php on line 24

Strict Standards: Only variables should be assigned by reference in /home/mpkkorg/public_html/plugins/system/jdownloads/jdownloads.php on line 25

Strict Standards: Only variables should be assigned by reference in /home/mpkkorg/public_html/plugins/system/jdownloads/jdownloads.php on line 34
Peristiwa 13 Mei: Sejarah Perhubungan Melayu-Cina

Masa


Strict Standards: Only variables should be assigned by reference in /home/mpkkorg/public_html/modules/mod_artclock/mod_artclock.php on line 10

Kaunter Pelawat

Today54
Yesterday91
Week348
Month1928
All59138

Currently are one guest and no members online


VCNT - Visitorcounter

Login Form

Notis


Strict Standards: Non-static method modBtContentSliderHelper::fetchHead() should not be called statically in /home/mpkkorg/public_html/modules/mod_bt_contentslider/mod_bt_contentslider.php on line 80

Strict Standards: Only variables should be assigned by reference in /home/mpkkorg/public_html/modules/mod_bt_contentslider/helper.php on line 75

Peristiwa 13 Mei: Sejarah Perhubungan Melayu-Cina

Tajuk : Peristiwa 13 Mei: Sejarah Perhubungan Melayu-Cina
Pengarang : Leon Comber
Penerbit : Petaling Jaya, IBS Buku Sdn. Bhd
Tahun : 1985


Buku Peristiwa 13: Sejarah Perhubungan Melayu-Cina ini merupakan terjemahan daripada sebuah buku yang berjudul “13th May 1969: A Historical Survey of Sino-Malay Relations” yang ditulis oleh En. Leon Comber dan telah diterbitkan oleh Heinemann Educational Book (Asia) Ltd pada tahun 1985. Penulis merupakan seorang pengawai muda British yang bertugas di Markas Ke-34 Indian Corps dan terlibat secara langsung dalam pasukan penyerang “Gerakan Zipper” pada tahun 1945. Dalam masa yang sama kajian ini telah menjadi sebahagian daripada kajian akademik penulis di peringkat Ijazah Sarjana (M.A) dalam bidang Comparative Asian Studies di Universti Hong Kong. Buku ini telah diakui oleh Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra sebagai salah sebuah catatan awal yang dapat memberikan gambaran yang tepat, padat dan jelas tentang peristiwa 13 Mei 1969 dan sebab musabab keadaan berlaku kejadian tersebut. Beliau difikirkan sangat layak menulis dari kacamata pegawai-pegawai British kerana beliau fasih bertutur bahasa Malaysia dan juga bahasa Cina selain daripada bahasa Inggeris. Ini mencerminkan beliau sangat menghargai kebudayaan yang ada selain daripada dapat mengemukakan maklumat dan pentafsiran dengan keadaan politik dan perhubungan kaum di Malaysia ketika peristiwa tersebut berlaku. Selain itu penulisan buku ini juga telah dipandu oleh sejarawan dan para akademik tempatan yang tidak dapat disangkalkan kewibawaan mereka dalam memberikan idea yang sangat bagus.

Pada pengenalan awal buku ini dimulakan dengan penghijrahan masyarakat yang berbilang kaum ke Tanah Melayu. Ia dikaitkan dengan dasar British terhadap kaum-kaum tersebut dengan kegiatan ekonomi yang tertentu. Pengenalan komoditi seperti getah, bijih timah, lada hitam dan sebagainya telah membahagi-bahagikan penempatan antara komuniti-komuniti ini kepada kawasan-kawasan tertentu dan mewujudkan polarisasi antara kaum di Tanah Melayu. Ini merupakan sesuatu pendekatan yang sangat berani telah dibuat oleh penulis untuk memberi gambaran awal perhubungan antara kaum tersebut. Dalam membawakan pendekatan- pendekatan ini, ia yang berkisar dengan dasar-dasar yang telah diperkenalkan oleh kerajaan dan juga telah memberi gambaran latarbelakang sebelum dasar tersebut diperkenalkan. Misalnya, kerajaan British membenarkan penubuhan Malayan Chinese Association (MCA) kerana bimbang dengan perkembangan pengaruh komunis di kalangan orang Cina dan juga sentimen perkauman antara orang Melayu dan Cina semasa kependudukan Jepun di Tanah Melayu. Dengan adanya pertubuhan tersebut, British berharap orang Cina dapat bersatu dalam mengukuhkan kedudukan politik dan mengalih pandangan dan kesetiaan mereka dari Negara China ke Tanah Melayu.

Pendekatan ini akan memudahkan pembaca mencerna fakta-fakta yang diketengahkan. Sesuatu yang sangat menarik dalam membincangkan buku ini adalah penulis menggunakan analisis daripada komposisi kaum dan data-data kuantiti dalam setiap perbincangan. Keadaan ini mungkin berbeza dengan buku-buku yang ditulis mengenai 13 Mei yang lain. Contohnya buku yang ditulis oleh Tunku Abdul Rahman yang berjudul “13 Mei: Sebelum dan Selepas” yang telah diulang cetak pada tahun 2007. Buku tersebut ditulis berdasarkan pengalaman yang dialami oleh Tunku menghadapi peristiwa tersebut. Tiada analisis dan peratusan sepanjang perbincangan dibuat.

Pembahagian bab untuk buku ini telah dibuat dengan menyediakan lapan bab yang dipecahkan mengikut kronologi masa dan juga perkembangan sejarah. Ini merupakan langkah yang sangat baik untuk memudahkan pembaca memahami dan dapat menganalisis fakta yang hendak disampaikan. Pendekatan dibuat bermula dengan sejarah kedatangan kaum immigran hingga reaksi dan langkah-langkah yang dibuat selepas tercetusnya peristiwa 13 Mei tersebut. Selain itu, penulis juga telah mengetengahkan aspek penganalisaan fakta-fakta dibuat dengan huraian dan contoh-contoh yang tepat dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku. Ini dapat dilihat melalui sejarah sebelum dan selepas tragedi 13 Mei dari segi perhubungan antara kaum di Malaysia. Daripada hasil kajian dilakukan, penulis juga cuba melakukan permulaan dengan menganalisis hal-hal yang berkaitan dengan dasar dan undang-undang yang telah digubal oleh kerajaan. Kesannya beberapa pindaan perlembagaan dan pelbagai undang-undang baru dibuat untuk mengelakkan kejadian ini berlaku lagi.

Gaya penulisan yang dibuat oleh penulis menggambarkan kekuatan fakta yang beliau perolehi dalam penyelidikan tersebut. Memang tidak dapat dinafikan pengalaman penulis sebagai seorang perisik kerajaan mempunyai akses yang sangat banyak terhadap bahan-bahan tersebut. Buku ini boleh bersifat akademik kerana dapat memberi pengetahuan kepada pembaca jika hendak dibandingkan dengan buku-buku yang lain. Persembahan grafik dalam pelbagai bentuk seperti jadual, gambar rajah dan gambar-gambar bersejarah dapat menanam minat serta mengukuhkan pemahaman kepada pembaca. Gambar-gambar tersebut diketengahkan dari pelbagai sudut menjadikan ia menarik untuk dimuatkan dalam bahagian akhir buku ini. Dalam perkara yang lain, beberapa perkara yang harus diberi perhatian adalah berkaitan dasar kerajaan ditunjukkan melalui analisis ucapan pemimpin dan statistik perlu ditambah dalam menghuraikan sesuatu fakta. Namun begitu, penulis buku ini cuba untuk memberi gambaran kasar sahaja tentang sesuatu peristiwa tersebut.

Penggunaan sumber dalam penulisan ini dan pandangan mengenai tragedi 13 Mei ini dilihat lebih menumpukan kepada penggunaan tulisan dari perspektif barat. Notakaki yang disertakan menunjukkan sumber-sumber yang digunakan hasil tulisan barat tanpa melihat dari perspektif orang Melayu atau menerima pandangan daripada orang yang mengalami peristiwa tersebut. Walaupun tidak dinafikan penulis juga ada merujuk laporan rasmi yang telah dikeluarkan oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), namun ini tidak boleh dijadikan ukuran sejarah sebenar yang diragui kesahihannya dan boleh dipersoalkan. Penulisan ini ditulis tanpa merujuk beberapa metadologi yang lain seperti temuramah, rujukan sumber-sumber primier seperti bahan-bahan yang ada di arkib London. Jika dilihat daripada sumber bibliografi yang telah dirujuk, beberapa perkara boleh dipersoalkan antaranya hasil penulisan seperti buku-buku ini telah diterbitkan. Tidak mustahil mungkin terdapat percanggahan fakta dalam buku tersebut dengan keadaan sebenar peristiwa tersebut berlaku. Sehubungan itu, buku ini boleh dinilai balik dari taraf penulisan yang menggambarkan keadaan sebenar tragedi 13 Mei ini.

Penulisan oleh Leon Comber ini juga mempunyai kekuatan penulisan tersendiri terutamanya dalam mengetengahkan sejarah sosial masyarakat yang ada di Tanah Melayu. Sejarah ini merangkumi sebab-sebab kepada kemasukan imigran, perkembangan dan pembentukan masyarakat berbilang bangsa ini. Pendekatan yang digunakan dengan membawa pembaca pada zaman awal kolonial sehinggalah kependudukan Jepun di Tanah Melayu ini. Dalam masa yang sama, buku ini juga boleh dijadikan rujukan kepada para pengkaji dalam menilai dasar-dasar yang telah digubal oleh British. Ini kerana pada pandangan saya peristiwa 13 Mei tidak mungkin berlaku secara tiba-tiba. Perkara tersebut telah tercetus secara evolusi dimana persoalan-persoalan yang timbul boleh dikaitkan dengan dasar yang telah digubal oleh British sebelum itu dan kemuncak ia berlaku pada 13 Mei tersebut. Penulisan buku ini adalah sangat baik kerana ia boleh dijadikan salah satu rujukan utama peristiwa tersebut mengikut kacamata sarjana barat. Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat juga penulisan yang lain juga telah dibuat yang telah menyentuh hal ini, namun penulisan buku ini telah mengambilkira fakta yang berlaku berbanding sensitiviti yang muncul kemudian hari.

Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan yang boleh dikenalpasti daripada penulisan buku ini adalah seperti boleh dianggap sebagai pandangan orang barat terhadap sejarah Malaysia. Dalam perkara ini, pandangan disampaikan dan diterjemahkan secara terus tanpa merujuk kepada keadaan tempatan kadang kala berbeza tafsirannya. Misalnya masyarakat Melayu lebih banyak berehat-rehat berbanding dengan kerja bukan ditafsir sebagai malas, manakala masyakarat imigran tidak aktif dalam politik bukanlah tidak menumpahkan kesetiaan kepada Tanah Melayu akan tetapi tiada peluang yang diberikan dalam pertubuhan politik selepas pengisytiharan darurat 1948. Perkara tersebut juga turut menyokong kurangnya penulis mengetengahkan isu pokok secara jelas pihak yang mencetuskan rusuhan. Dalam masa yang penulis tidak menyentuh dasar British yang tidak memahami kemampuan orang Melayu dan bertolak ansur dalam perkara yang membabitkan maruah dan keistimewaan misalnya dalam Peristiwa Natrah pada 11 Disember 1950.[1]

Dalam masa yang sama juga, penulis buku ini tidak menggunakan dasar pelajaran yang digubal pada tahun 1955 hingga 1972 sebagai landasan untuk membincangkan sesuatu perkara. Dalam hal ini amatlah penting dalam memberikan kefahaman dan tidak hanya menunding jari kepada orang Melayu sahaja. Antara dasar-dasar yang telah digubal sebelum peristiwa tersebut berlaku adalah seperti Ordinan Pelajaran 1955, Akta Bahasa Kebangsaan 1967 dan sebagainya telah dicabar antara satu sama lain. Dalam hal ini, perkara yang paling penting penulis perlu melihat aspek-aspek lain yang melibatkan sensitiviti antara kaum.

Penulisan berkaitan 13 Mei ini mula mendapat tempat semula dikalangan para pengkaji politik tanahair. Ini dapat dilihat selepas penerbitan buku yang bertajuk “13 MEI: Dokumen-Dokumen Deklasifikasi Tentang Rusuhan 1969 Malaysia” karya Kua Lia Soong. Buku ini juga menggambarkan gambaran peristiwa 13 Mei yang telah diberi pengkajian yang baru pada masa kini. Namun begitu, sumber yang digunakan juga masih menggunakan buku karya Leon Comber sebagai salah sebuah rujukan dalam penulisannya. Buku ini juga mempunyai kekuatan yang tersendiri kerana menggunakan rekod-rekod sulit dari Pejabat Rekod Awam di London. Disamping itu juga laporan daripada akhbar, temuramah dan arahan-arahan rasmi kepada Angkatan Bersenjata turut memberikan pendekatan dalam mengetengahkan fakta yang benar. Kajian yang semacam ini boleh digunakan dalam memberi kajian lintasan (cross-checked) antara buku-buku yang ditulis dahulu dan pada masa sekarang dlam mewujudkan perspektif baru penulisan akademik.

Kesimpulannya, buku Peristiwa 13 Mei: Sejarah Perhubungan Melayu Cina karangan Leon Comber ini adalah sangat baik kerana ini merupakan salah satu kajian yang telah diterbitkan dalam bahasa Malaysia dari pandangan British. Usaha sebegini adalah sangat baik dan telah diakui oleh YTM Tunku Abdul Rahman kerana berjaya ditulis dari kaca mata orang yang selayaknya menulis. Namun begitu, beberapa perkara harus diambil kira dan dinilai daripada penulisan ini dari segi penggunaan sumber yang digunakan, analisis kandungan dan pendekatan yang digunakan tentang sesuatu peristiwa tersebut. Perkara yang semacam ini boleh menimbulkan perbagai perspektif dan pendapat. Ini secara tidak langsung dapat dijadikan kajian pada penyelidik yang seterusnya dalam mencari pelbagai maklumat lain selain rekod-rekod rasmi yang entah bila akan diturunkan taraf sulitnya. Dengan hal yang demikian, beberapa tulisan lain dapat membantu dan memberi kefahaman kepada masyarakat umum.