Strict Standards: Declaration of JCacheControllerPage::store() should be compatible with JCacheController::store($data, $id, $group = NULL) in /home/mpkkorg/public_html/libraries/joomla/cache/controller/page.php on line 200

Strict Standards: Only variables should be assigned by reference in /home/mpkkorg/public_html/plugins/system/jdownloads/jdownloads.php on line 24

Strict Standards: Only variables should be assigned by reference in /home/mpkkorg/public_html/plugins/system/jdownloads/jdownloads.php on line 25

Strict Standards: Only variables should be assigned by reference in /home/mpkkorg/public_html/plugins/system/jdownloads/jdownloads.php on line 34

Strict Standards: Only variables should be assigned by reference in /home/mpkkorg/public_html/plugins/system/jdownloads/jdownloads.php on line 249

Strict Standards: Only variables should be assigned by reference in /home/mpkkorg/public_html/plugins/system/jdownloads/jdownloads.php on line 257
Perkembangan awal sejarah di Malaysia berdasarkan data artifak, ekofak dan fitur

Masa


Strict Standards: Only variables should be assigned by reference in /home/mpkkorg/public_html/modules/mod_artclock/mod_artclock.php on line 10

Kaunter Pelawat

Today63
Yesterday97
Week248
Month2211
All74155

Currently are 3 guests and no members online


VCNT - Visitorcounter

Login Form

Notis


Strict Standards: Non-static method modBtContentSliderHelper::fetchHead() should not be called statically in /home/mpkkorg/public_html/modules/mod_bt_contentslider/mod_bt_contentslider.php on line 80

Strict Standards: Only variables should be assigned by reference in /home/mpkkorg/public_html/modules/mod_bt_contentslider/helper.php on line 75

Perkembangan awal sejarah di Malaysia berdasarkan data artifak, ekofak dan fitur

Adalah tidak wajar melihat sejarah awal Malaysia hanya bermula selepas kewujudan empayar Melaka sekitar 1400 Masehi (atau lebih lagi). Justeru kekurangan dokumen maka rekod-rekod yang diperolehi melalui arkeologi harus diambil kira sebagai hujah bagi melihat jauh ke belakang, adakah harus sejarah negara kita hanya bermula pada tahun 1400 Masehi.

 

 

Nota: Artikel berikut merupakan artikel akademik dan tiada kaitan dengan pendirian sebarang organisasi.

 

 

 

1.0 Pengenalan

 

Sebelum kita melihat tajuk ini dengan lebih jauh, adalah wajar didefinisikan dahulu maksud setiap istilah yang dianggap penting di dalam tajuk ini. Istilah arkeologiberasal dari perkataan Grek “αρχαίος” yang bermakna kuno, purba atau lama dan “λόγος” yang bermakna perkataan atau ucapan. Ringkasnya istilah arkeologi bermaksud satu disiplin ilmu yang mengkaji dengan menggunakan teori dan praktikal secara saintifik kegiatan manusia pada masa yang lepas. Tujuannya adalah untuk memahami bagaimana manusia masa lalu berinteraksi dengan persekitarannya, dan memulihara sejarah mereka untuk kajian pada masa akan datang. Kajian arkeologi adalah meliputi tinggalan artifak, ekofak dan fitur. Istilah artifak bermaksud sebarang benda yang dibuat atau diubahsuai oleh manusia[1] misalnya tembikar tanah, arca, manik, pecahan porselin, pecahan tembikar, damar, anak panah, alat batu, gendang dan gangsa.Istilah ekofak pula bermaksud hasil tinggalan aktiviti manusia yang dapat dilihat dalam bentuk kulit siput, sisa tulang binatang, flora dan fauna, dan bekas pembakaran. Manakala fitur pula bermaksud objek atau mana-mana data yang tidak boleh dipindahkan dan berada kekal ditempatnya seperti bekas saluran air, struktur candi, struktur bangunan, dan makam. Kebiasaannya bukti fitur yang ada hanya dilukiskan semula ataupun diambil gambarnya sahaja.

 

Pemahaman sejarah Malaysia melalui tulisan hanya terhad kepada beberapa teks sejarah yang merupakan catatan oleh pedagang India, China dan Arab, dan juga daripada sumber hikayat tempatan. Justeru, berdasarkan sumber-sumber yang terhad ini sejarah Malaysia hanya bermula dengan pembentukan Kesultanan Melayu Melaka.[2] Akan tetapi melalui pendekatan arkeologi kita dapat melihat sejarah Malaysia lebih jauh kebelakang daripada Kesultanan Melayu Melaka. Justeru kertas ini akan cuba membincangkan sejarah awal Malaysia berdasarkan bukti-bukti artifak, ekofak dan fitur yang dijumpai di seluruh Malaysia.

 

Kawasan-kawasan penting yang memiliki data artifak, ekofak dan fitur ini misalnya di Perak yang terdapat di gua Gunung Runtuh di Lembah Lengong dan Kota Tampan. Manakala di Terengganu terdapat di gua Batu Tok Bidan di gunung Bewah. Di Sarawak terdapat di sekitar gua Niah dan gua Kain Hitam. Manakala gua Cha di Kelantan.

 

2.0 Data Artifak

 

Dalam keadaan tidak ada rekod bertulis maka data artifak sangat penting dapat membantu menentukan usia sesebuah masyarakat[3] dan seterusnya membantu menjelaskan sejarah awal Malaysia. Walaupun kebanyakan artifak yang ada adalah daripada batu dan gangsa tetapi ia tidak bermaksud bahan buatan daripada material yang lain tidak wujud. Misalnya daripada buluh, kayu dan rotan. Disebabkan cuaca di Malaysia yang beriklim panas dan lembap sepanjang tahun, semua bahan organik ini tidak dapat dikesan disebabkan telah mereput.

Di Semenanjung Malaysia jumpaan artifak menunjukkan bahawa manusia telah menduduki seawal-awal 74,000 tahun yang lalu melalui jumpaan di Gua Gunung Runtuh, Perak. Manakala jumpaan di Gua Niah pula membuktikan manusia telah menduduki kepulauan Borneo seawal-awal 40,000 tahun yang lalu.[4] Justeru, bermula daripada utara Semenanjung Tanah Melayu hingga ke Sabah dan Sarawak telah ada bukti-bukti yang menunjukkan aktiviti manusia zaman lampau. Mereka tinggal di gua-gua dan memperoleh makanan melalui aktiviti berburu. Mereka memasak makanan di dalam gua dan kadang-kadang mengkebumikan mayat di tempat yang sama.[5] Pada zaman neolitik antara artifak yang dijumpai ialah alat pemotong makanan, pemukul batu, cincin atau gelang, mangkuk, pot dan kapak.[6]

 

Sejarah Malaysia bermula seawal-awal pada zaman penglasieran yang kedua apabila terdapat jumpaan wujudnya bukti artifak di Kota Tampan, Perak.[7] Artifak yang dikesan merupakan tinggalan-tinggalan berupa alat-alat yang menunjukkan mereka bergantung hidup kepada hasil pemburuan dan mengamalkan budaya berpindah randah dan tinggal di gua-gua. Kesan tinggalan di gua-gua, bukit dan lembah sungai yang menunjukkan ia adalah budaya zaman paleolitik. Artifak yang dijumpai di sini meliputi alat-alat pemotong yang digunakan dalam kehidupan harian manusia purba yang dianggarkan sejak zaman manusia homosapien lagi.[8] Jumpaan lain misalnya alat pengetuk batu (Nut Craker) yang digunakan memotong makanan. Selain itu artifak zaman mesolitik turut dijumpai misalnya batu yang pipih dan simetri pada kedua-dua sisinya untuk kegunaan harian.[9] Batu kelikir ini dipercayai untuk kegunaan harian misalnya memotong makanan oleh manusia zaman awal.

 

Manakala penemuan yang hampir sama turut didapati di gua Cha, Kelantan misalnya alat pemukul batu turut dijumpai di sini yang bertujuan untuk melicinkan permukaan kulit kayu yang berkemungkinan digunakan sebagai pakaian. Selain pemotong dan kapak beliung, batu berbentuk bujur, cincin gelang, pinggan, mangkuk, kendi pelbagai bentuk, batu penumbuk, periuk tanah dan batu pengasah, dan tembikar adalah antara yang terpenting didapati di Gua Cha dan Bukit Tengku Lembu, Perlis.[10] Penemuan tembikar ini menunjukkan bahawa mereka telah mahir membuat sendiri tembikar berasaskan bahan-bahan tempatan. Selain itu jumpaan yang agak menarik di Gua Cha meliputi artifak berbentuk cincin atau gelang (bracelit) yang diperbuat daripada batu.[11] Agak sukar untuk mengetahui kegunaan cincin dan gelang ini. Walau bagaimanapun kita dapati kesedaran terhadap aspek kesenian telah wujud pada waktu ini. Manakala di Gua Niah melalui ekpedisi Tom Harrison, turut dijumpai banyak tingalan seramik yang dipercayai untuk tujuan kehidupan harian.[12]

 

Pada zaman paleolitik, alat-alat utama yang digunakan untuk berburu, memotong, atau memepertahankan diri diperbuat daripada batu. Matlamat penciptaan alat-alat batu itu ialah untuk membantu mereka meneroka sumber alam sekitar. Alat-alat itu dibentuk daripada alat-alat batu sungai dan secara amnya alat-alat batu itu dikenali sebagai alat pemotong kapak. Terdapat juga alatan yang memiliki pemegang ataupun berulu. Alat batu zaman ini tidak menunjukkan tahap pencapaian yang tinggi dalam kesenian. Peralatan yang digunakan lebih mengutamakan fungsi untuk memenuhi keperluan hidup manusia semasa berburu.

 

Selain jumpaan di Perak dan Gua Cha, terdapat juga jumpaan lain yang meliputi era Mesolitik seperti kepala kapak empat segi bujur, pisau di sungai Tembeling; dan juga pinggan, piring, ketul batu pengasah dan periuk tanah liat di Gua Cha dan di Perak. Jumpaan pisau tembeling menunjukkan telah wujud daya pemikiran tinggi, misalnya rekacipta barangan daripada tanah liat dan telah melapah daging menggunakan pisau (pisau tembeling).

 

Sejarah awal Malaysia turut melalui zaman logam yang meliputi kebudayaan Dongson iaitu sekitar abad ke-3 SM. Terdapat beberapa jumpaan yang menunjukkan telah ada bukti penggunaan gangsa digunakan misalnya jumpaan di Kelang dan sungai Tembeling. Di Kelang ahli arkeologi telah menemui loceng gangsa, manakala di sungai Tembeling ditemui cattle drum yang berupa kawah yang besar.[13] Jumpaan ini membuktikan telah wujud perhubungan perdagangan antara empayar Funan, Lembah Mekong dan Semenanjung Malaysia (Lembah Kelang).

 

3.0 Data Ekofak

 

Data ekofak meliputi kulit siput, sisa tulang binatang makanan dan flora dan fauna yang merupakan data yang wujud kesan daripada aktiviti manusia. Kewujudan data ekofak membantu kita memahami budaya masyarakat masa lalu melalui aspek pemakanan ataupun tinggalan barang-barang keperluan harian. Misalnya jumpaan tulang haiwan yang turut dimasukkan bersama dalam kuburan di Gua Gunung Runtuh, Perak. Kebanyakan data ekofak ini dianggarkan seusia dengan zaman Hoabinhian, walaupun ada yang turut daripada era Neolitik. Antara data ekofak yang dijumpai ialah tulang haiwan daripada spesies babi, rusa, kera, cicak, kura-kura, kijang, gibbon dan harimau kumbang. Selain itu terdapat juga jumpaan kulit siput yang sebahagiannya adalah broatia costula dan sedikit broatia spinosa yang terdiri daripada pelbagai saiz.[14] Manakala penggalian yang dibuat oleh F.L Dunn ditapak Gua Kecil, Pahang telah menemui longgokan kulit siput yang dikatakan sisa makanan manusia zaman prasejarah. Antara tinggalan tulang haiwan yang paling banyak dijumpai adalah daripada babi (Sus scrofa dan Sus barbatus) yang dijumpai di Gua Cha, Kelantan dan juga beberapa gua di Sabah.[15]

 

Kehadiran kulit-kulit siput dan tulang haiwan makanan dari era hoabinhian merupakan fasa awal aktiviti dalam membuat dan mengumpul bahan-bahan makanan. Jumpaan kulit siput dan tulang haiwan ini didapati semakin meningkat selepas fasa awal. Seterusnya pada Fasa ketiga terdapat peralatan batu berasah dan alat batu tidak digunakan lagi walaupun terdapat banyak lagi kulit siput tetapi ianya ianya semakin berkurangan secara mendadak. Pengurangan ini berlaku akibat perubahan dalam aktiviti manusia dari berburu dan mengumpul makanan kepada kegiatan pertanian.

 

Kajian oleh Leong Sau Heng di Jenderam Hilir mendapati terdapat data ekofak yang merupakan daripada tinggalan zaman Neolitik dan Zaman Logam. Jumpaan di Jenderam meliputi biji-biji buah, damar, serpihan arang, dan batang-batang pokok dalam bentuk perahu dan pengayuh perahu. Rekod penggunaan damar menunjukkan penduduk tempatan telah memiliki pengetahuan tentang teknologi resin dan kegunaan damar dalam kehidupan.[16]

 

Kita dapati data ekofak yang ditinggalkan tidak hanya berkaitan dengan sisa-sisa makanan tetapi turut memperlihatkan budaya dan kehidupan masayarakat awal. Data ekofak penting disebabkan dapat membantu memberi bukti secara langsung mengenai kegiatan ekonomi pada setiap zaman. Dalam masa yang sama data ini memberi pengetahuan kepada kita tentang kedudukan dan persekitaran sesebuah petempatan sama ada berdekatan laut ataupun pantai.

 

4.0 Data Fitur

 

Data atau rekod yang tidak boleh di bawa balik ke muzium atau ke tempat yang lain dengan cara mengasingkannya dari tempat asal adalah di kategorikan sebagai data fitur. Sebagai contoh sistem parit dan lubang tiang rumah. Biasanya data fitur seperti ini akan dilukis atau diambil gambar untuk jadikan bahan bukti. Contoh yang dapat dikesan adalah Candi Bukit Batu Pahat yang terletak di sungai Merbok Kecil. Usaha cari gali ini dilakukan oleh Alistair Lamb, beliau mendapati struktur yang dianggap sebagai “anjung” olehWales merupakan sebuah “vimana”.[17] Malah kebanyakan aspek “vimana” dan “mandapa” yang merupakan candi hanya dapat dibaikpulih ditapak asalnya.

 

Dalam tiap-tiap cepu terdapat sembilan lubang yang bertujuan untuk mengisi benda-benda kecil berupa pemujaan. Salah satu daripada cepu-cepu granit yang dijumpai mengandungi beberapa benda pemujaan purba seperti biji-biji permata, mutiara dan ketul-ketul logam serta beberapa lapis emas, perak dan tembaga dalam pelbagai rupa seperti rupa lembu jantan, kura-kura, bunga teratai dan rupa dewi dalam keadaan duduk. Berdasarkan jumpaan di Lembah Bujang, Lamb berpendapat pemujaan yang dijalankan adalah jenis pemujaan tantrik.[18] Walaupun tidak boleh ditentukan sama ada cembul tembaga yang terdapat dilubang tengah sebuah cepu dari candi itu sebenarnya mengandungi sisa-sisa manusia, kesan-kesan organik telah dijumpai melekat pada permukaan bawah cembul. Ada kemungkinan cepu itu adalah bekas untuk menyimpan cepu-cepu batu granit yang ada itu ada kaitanya dengan adat istiadat pemakaman tempatan. Dari segi seni bina, granit yang berlubang ditengah-tengahnya adalah tapak-tapak untuk meletakkan tiang-tiang kayu. Pada candi Bukit Batu Pahat telah dijumpai tidak kurang daripada 66 tapak tiang kayu yang dipercayai untuk menopang atap candi. Walaupun sekarang kita tidak dapat melihat tiang kayu serta bumbungnya tetapi susunan tapak-tapak tiang yang terdapat memeberi gambaran tentang bentuk dan saiz bumbungnya. Data-data yang kita perolehi inilah tidak boleh dibawa pulang ke muzium dan hanya kekal dibaik pulih pada tapak asalnya.


Selain fitur pada candi, ia juga didapati dalam bentuk inskripsi. Antara inskripsi yang terkenal misalnya “Inskripsi Cherok Tok Kun”, dan beberapa lagi inskripsi dari Bukit Mertajam, Bukit Choras dan Kuala Muda. Inskripsiyang besar seperti di Cherok Tok Kun merupakan inskripsi yang dipahat pada batu gunung yang amat besar.[19] Inskripsi yang dijumpai didapati menggunakan huruf Pallava, Pallava-Grandha dan Jawa Kuno. Kajian ke atas Insripsi membuktikan bahawa agama Buddha dan Hindu telah sampai di Lembah Bujang sekitar abad ke-4M hingga 9M.

 

5.0 Kesimpulan

 

Disebabkan sumber penulisan awal tentang sejarah Malaysia sangat sedikit justeru tidak hairanlah seringkali sejarah awal Malaysia dikatakan bermula sejak zaman kesultanan Melaka. Sejarah awal Malaysia sebelum Melaka sangat kabur. Justeru, wujud persoalan bila dan bagaimana manusia mula menduduki Semenanjung Malaysia dan juga Sabah dan Sarawak. Maka dengan penemuan data artifak, ekofak dan fitur maka kita dapat membuktikan bahawa sejarah awal Malaysia sebenarnya bermula lebih awal lagi iaitu sejak 70,000 tahun yang lalu melalui jumpaan di Gua Gunung Runtuh, Lenggong, Perak. Penemuan bahan-bahan artifak, ekofak dan fitur dapat membantu kekurangan bukti-bukti catatan awal sejarah awal Malaysia sekurang-kurangnya sebelum zaman protosejarah. Pemahaman yang jelas terhadap budaya masyarakat awal dapat membantu memahami taburan dan serakan penduduk seperti yang ada pada hari ini.



[1] Thomas R. Hester, Field, Methods In Archaeology, (Mayfield: California, 1975).

[2] Adi Haji Taha, “Penyelidikan Sejarah di Kota Kubang Labu dan Palekbang Kelantan”, dalam Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abd. Rahman, Kelantan Zaman Awal: Kajian Arkeologi dan Sejarah di Malaysia, (Perbadanan Muzium Negeri Kelantan: Kota Bharu, 1987).

[3] Abdul Aziz Deraman, Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia (edisi Baharu), (Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur, 2005.

[4] John Krigbaum dan Jessica Manser, “The West Mouth Burial Series from Niah Cave: Past and Present,” dalam Zuraina Majid (Ed.), The Perak Man and Others Prehistoric Skeleton of Malaysia, (Penerbit USM: Pulau Pinang, 2005).

[5] M.W.F. Twedie, Prehistoric Malaya, (Eastern University Press: Singapore, 1970).

[6] Ibid.

[7] Abdul Aziz Deraman, Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia (edisi Baharu), (Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur, 2005,

[8] Ismail Hamid, Masyarakat dan Kebudayaan, (Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur, 1991).

[9] M.W.F. Twedie, Prehistoric Malaya, (Eastern University Press: Singapore, 1970), hlm. 3

[10] Ibid.,

[11] Ibid

[12] John Krigbaum dan Jessica Manser, “The West Mouth Burial Series from Niah Cave,”

[13] Abdul Aziz Deraman, Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia (edisi Baharu), (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005),

[14] Zuraina Majid, “The Excavation and Analyses ofthe Perak Man Buried in Gua Gunung Runtuh, Lenggong, Perak,” dalam Zuraina Majid (Ed.), The Perak Man and Others Prehistoric Skeleton of Malaysia, (Pulau Pinang: Penerbit USM, 2005),

[15] Peter Bellwood, Prehistory of the Indo-Malaysian Archipelago, (Australia: Academic Press, 1985),

[16] Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abd. Rahman, Peranan Sains dalam Penyelidikan Protosejarah”, dalam JEBAT 31 (2004), hlm. 124

[17] Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abd. Rahman, Warisan Lembah Bujang, (Selangor: Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, 2006),

[18] Pemujaan tantrik merupakan yang mencampur adukkanciri-ciri agama Buddha Mahayana dan agama Hindu mazhab Siva.

[19] Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abd. Rahman, Warisan Lembah Bujang,