Berita

Alangkah seronoknya kalau kita ada sambungan USB yang banyak seperti gambar di bawah. Untuk detail baca di sini USB .

Kalendar
January 2012
S M T W T F S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31 1 2 3 4
Aktiviti Terkini
No events
Login Pengguna



Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday313
mod_vvisit_counterYesterday224
mod_vvisit_counterThis week5377
mod_vvisit_counterLast week5315
mod_vvisit_counterThis month25031
mod_vvisit_counterLast month20543
mod_vvisit_counterAll days91462

We have: 6 guests online
Your IP: : 38.107.179.207
 , 
Today: January 27, 2012
SPM dan STPM

Majlis Pengetua Cemerlang Kebangsaan

Ahlijawatankuasa MPCK 2012

Barisan Ahlijawatankuasa MPCK 2012

Last Updated (Khamis, 19 January 2012 00:50)

 

AMANAT YDP MPCK 2012

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Saya mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa dan ahli MPCK kerana telah berjaya melaksanakan semua program MPCK tahun lepas dengan jayanya.. Tahun ini,  Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)  telah dilaksanakan melalui lima inisiatif, iaitu Perkhidmatan Awam yang kejat (lean civil service), kepimpinan dinamik, modal insan berkualiti, Perkhidmatan Awam yang fleksibel dan saraan yang kompetitif. Sebagai penjawat awam kita perlu banyak bersyukur atas segala nikmat Allah dan pihak kerajaan atas inisiatif dan insentif ini. Semoga transformasi perkhidmatan awam ini dapat meningkatkan produktiviti dan inovasi guru-guru. Di samping itu, guru-guru dapat dipupuk budaya ketepatan masa dan berprestasi tinggi, iaitu sentiasa bersegera, cekap, dan mesra pelanggan. Falsafah daripada tranformasi ini, sudah pasti akan mewujudkan kelestarian perkhidmatan awam.


Sebagai guru pada zaman yang mencabar ini, kita perlu berazam dan berusaha sedaya mungkin bagi menghadapi apa yang sebut sebagai Generasi Y, iaitu generasi yang 90% mempunyai komputer riba, 82% memiliki telefon bimbit, menerima atau menghantar SMS. Mereka menghabiskan masa berhubung secara online daripada menonton televisyen. Mereka bersifat individualistik, yakin, bercita-cita tinggi, terbuka, global, bebas, dan kaya dengan pelbagai maklumat. Keadaan sudah pasti tugas guru semakin berat dan kompleks. Jadi, guru harus mengharungi zaman ini dengan bijak dan berhikmah.
“It’s not the strongest of the species that survives,nor the most intelligent, but the one most responsive to change.” Darwin.
Guru harus menyahut dan merealisasikan transformasi dalam pendidikan. Apabila kita menyebut institusi sekolah, kita tidak boleh lari daripada mempersoal tentang peranan guru dan murid. Jadi, mengurus perubahan harus bermula di bilik darjah. Tranformasi perlu diiringi dengan perubahan strategi P&P dalam bilik darjah. Sejauh mana murid faham dan seronok belajar? Guru juga harus memupuk dan menjana perubahan sikap dan tingkah laku pelajar mengikut kehendak dan aspirasi negara. Akhirnya kita ingin melahirkan murid  sebagai Modal insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu, berpersonaliti unggul, kemahiran berfikir tahap tinggi dan mengamalkan budaya tinggi. Hal ini demikian kerana, ‘There is no magic formula for improving school system performance : requires repeated practice and learning. Will power, discipline and persistence are required for school system reform’.
Guru yang berkualiti harus mempunyai kebolehan menyelesaikan masalah, mengendalikan konflik, berfikir di luar kotak, kreatif dan inovatif. Dia perlu bersikap terbuka, positif, adil, amanah, jujur dan berani mengambil risiko. Guru juga perlu mempunyai hubungan yang luas, di peringkat nasional dan global. Mereka juga perlu mempunyai pengetahuan tentang ICT dan membuat kajian tindakan. Selain itu, guru perlu bersikap positif, optimis dan memaparkan emosi yang tenang, guru yang tabah mempunyai hubungan yang baik dengan ahli keluarga, sahabat dan rakan sekerja.   Guru harus mengelakkan diri daripada menghadapi Sindrom Kompetensi Terbiar (Unproductive Competency Syndrome), iaitu wujudnya jurang yang luas antara pemimpin dengan pengikut.
Saya berharap  dalam era trasformasi ini, kita dapat melaksanakan  prinsip kerja X-plus untuk memaksimumkan impak penyampaian perkhidmatan dalam bentuk keberhasilan kerja aras cemerlang (excellence) berteraskan pengetahuan, latihan usaha dan semangat berpasukan.  Akhirnya, mereka dapat bekerja dengan kreatif, inovatif dan berkesan dalam kerangka nilai, piagam, wawasan, matlamat dan objektif yang disepati bersama. Pendidikan berkualiti mesti dapat diakses oleh semua untuk membangunkan modal insan yang holistik..   Jadi, guru  sekolah mempunyai impak yang tinggi ke atas pencapaian murid.  
‘The improvement journey can never be over. Achieving and sustaining a school system’s progress is very hard work and we must keep on in order to continue to move forward.

“Bersama Melestarikan Legasi Kepimpinan MPCK 2012”


Hj Azhari b Tauhid
YDP MPCK


Last Updated (Khamis, 19 January 2012 00:30)

 

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 13 Tahun 2011 (Guru)

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 13 Tahun 2011

Deskripsi : Pelaksanaan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Persekutuan.


Berkuatkuasa : 1 Januari 2012


Makluman : Sila rujuk Bahagian Sumber Manusia Kementerian/Jabatan/agensi masing-masing bagi urusan mengenai Lampiran C.


Pekeliling Perkhidmatan Bil. 13 Tahun 2011 boleh di download di Download Pekeliling.

 

(Sumber: www.jpa.gov.my/guru/index.html)

 

LAPORAN MPCK PAHANG 2011

1. Kunjungan Hormat kepada Yang Hormat Dato’ Haji Mazlan bin Mohamad yang telah dilantik sebagai Pengarah Pelajaran Negeri Pahang

a. Tarikh : 27 Januari 2011

b. Tempat : Jabatan Pelajaran Pahang

c. Penyertaan : 15 orang ahli MPCK Cawangan Pahang

2. Ahli MPCK Pahang menyertai Kembara Berakit Antarabangsa Sungai Pahang 2011

a. Tarikh : 8 – 14 Mei 2011

b. Tempat : Sungai Pahang dari Kuala Lipis hingga ke Kuala Triang, Bera

c. Penyertaan : 4 orang ahli bersama 12 orang guru dan kakitangan sekolah- sekolah pengetua terlibat.

3. Hari Profesionalisme MPCK Cawangan Pahang

a. Tarikh : 08 Julai 2011

b. Tempat : SMK Sultanah Kalsom, Kuantan

c. Ucap utama : Pengarah Pelajaran Negeri Pahang

d. Penyertaan : semua ahli MPCK Cawangan Pahang


Last Updated (Jumaat, 09 Disember 2011 17:33)

 

PRINSIP KERJA X-PLUS

Inilah prinsip kerja kaum profesional era GTP dan ETP: memaksimumkan impak penyampaian perkhidmatan dalam bentuk keberhasilan kerja aras cemerlang (exellence) berteraskan pengetahuan, latihan, usaha dan semangat sepasukan. Prinsip kerja X-PLUS. Dengan prinsip kerja ini diharapkan setiap individu pendidikan dan pegawai pendidikan di segenap segmen dalam organisasi dan jentera pendidikan negara dapat merekayasa (reengineer) dan meneroka inisiatif baharu dalam cara-cara melakukan kerja dan menginovasi program atau aktiviti baharu bagi melengkapi program atau aktiviti sedia ada.

Read more...